Kerjaya Constance Haslam

Sepanjang kerjayanya di RTM, Constance ialah antara pelopor dunia penyiaran dengan bakatnya sebagai pengacara, penyampai berita dan radio bagi saluran TV Bahasa Inggeris terbitan RTM dari era 1970-an hingga 1990-an.[1]

Beliau juga dikenali sebagai hos program Bakat TV pada era 1970-an dan menjadi antara penyampai berita wanita pertama stesen penyiaran milik kerajaan itu. Selepas meninggalkan RTM pada 1990, Constance menyertai Radio Redifussion selama dua tahun dalam bahagian perhubungan awam.[1] Constance juga pernah menemubual Gloria Estefan, Dionne Warwick, Jose Feliciano, Bjorn Borg, Bee Gees dan Omar Sharif.[3]

Dalam temubual yang diterbitkan dalam The Star pada tahun 2011, Constance dipetik sebagai berkata: "Bidang penyiaran pada zaman itu menarik. Saya sentiasa melihat radio lebih mencabar daripada TV kerana saya boleh meluahkan suara saya".[4]